RENE DESCARTES
LATAR BELAKANG
(RENÉ DESCARTES
1596-1650)
René
Descartes dikenali sebagai ‘bapa falsafah moden’.
Beliau juga merupakan seorang
ahli falsafah Perancis, ahli Matematik, dan penulis yang menghabiskan masa
mudanya di Republik Belanda. Beliau dihormati kerana telah mempunyai sistem
koordinat Cartes yang digunakan dalam satah geometri dan algebra yang dinamai
sempena namanya. Beliau dilahirkan pada 31 Mac 1596 di sebuah bandar kecil
bernama La Haye, di Touraine, Perancis.
Keluarga
beliau adalah daripada golongan bangsawan. Ayah beliau bernama Joachim, bekerja
sebagai peguam dan ahli majlis Parlimen British. Ibu beliau pula bernama Jeanne
Brochard. Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau berusia satu tahun kerana
menghidap penyakit tuberculosis. Beliau telah mewarisi tanah ayahnya dan telah melaburkan
tanah tersebut dengan keuntungan enam atau tujuh ribu setahun.
Pada
tahun 1612M, beliau telah berpindah ke Perancis. Beliau merupakan seorang yang
taat dalam mengerjakan ibadah menurut ajaran Katholik, tetapi beliau juga
menganut bid’ah-bid’ah Galileo yang pada waktu itu masih ditentang oleh
tokoh-tokoh gereja. Hal ini demikian terbukti di dalam bukunya yang bertajuk La
Monde yang mana beliau memaparkan di dalamnya dua pemikiran bid’ah Rotasi bumi
dan keterhinggaan alam semesta.
Beliau juga telah meninggal dunia pada 11
Februari 1650 di Stockholm, Sweden. Kira-kira 40 tahun selepas kematiannya, Isaac
Newton menerbitkan hasil kerja fiziknya yang terkenal.
René
Descartes ialah seorang yang mempunyai minda yang cerdas. Beliau merupakan
seorang yang gemar menuntut ilmu meskipun belum menjejakkan kaki di alam
persekolahan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Jesuit Royal College
yang terletak di sebuah kampung bernama La Fléche, iaitu tempat beliau menerima
asas dalam falsafah Aristotle-Scholastic. Jesuit Royal College ialah hasil
gabungan antara sekolah menengah dan universiti. Di kolej ini, Descartes telah
diletakkan di bawah pengawasan seorang Rektor Kolej bernama Father Etienne
Charlet yang juga merupakan seorang pendidik yang dihormati dan mempunyai
hubungan persaudaraan dengan Descartes. Charlet juga telah menjadi bapa kedua
kepada Descartes.
Descartes
telah menghabiskan masa selama 8 tahun untuk menyesuaikan diri dengan suasana
di kampung La Fleche. Dalam tempoh 5 tahun pertama, beliau mempelajari bahasa
dan kesusasteraan klasik yang telah membuatkan beliau menjadi fasih dalam
bahasa Latin. Selepas itu, dalam baki tiga tahun berikutnya pula, beliau menyambung
pelajaran dalam bidang ilmu falsafah yang meliputi asas yang kukuh mengenai
logik deduktif dan etika Aristotle, teori saintifik Aristotle, dan metafizik
Aristotle dan Thomas Aquinas sebagaimana yang ditafsirkan oleh ahli-ahli
teologi Jesuit Royal College.
Descartes
kemudiannya telah jatuh cinta dengan falsafah dan mengandaikan bahawa hidup
tanpa falsafah adalah seperti hidup dengan mata yang tertutup.
‘To live without philosophizing is to live with closed eyes.’
(Descartes
1971)
Selain itu juga, Descartes ditakdirkan
mempunyai banyak masa bersendirian untuk mengulangkaji pelajaran dan berfikir
mengenai dunia yang dilaluinya ketika tinggal di kampung La Fleche.
Memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik, beliau dibenarkan
untuk mendapat keistimewaan, iaitu tidak perlu bangun awal pagi sepertimana
para pelajar lain. Beliau juga telah dibenarkan oleh pihak kolej untuk berada
di atas katil sehingga waktu tengah hari.
Bagi
memastikan dirinya tidak terlajak tidur, Descartes telah mendisiplinkan dirinya
supaya bangun di awal pagi. Beliau telah menghabiskan masa bersendirian di
dalam bilik dengan mengulangkaji pelajaran, membuat nota, dan membuat refleksi
(berfikir). Pada kebiasaanya, Descartes menghabiskan masa selama 10 hingga 14
jam di atas katil pada setiap malam. Perkara ini telah menjadi rutin amalan
sepanjang hidupnya.
Selepas menghabiskan masa selama 8
tahun belajar di La Fleche, Descartes merasakan bahawa beliau tidak menemui
perkara yang dicarinya selama ini, iaitu kepastian. Beliau merasakan bahawa
pendidikan berdasarkan falsafah Aristotle yang diterimanya tidak dapat
memberikannya kepastian. Guru-guru dan para pelajar juga sering berdebat ketika
menghadapi masalah, namun perdebatan tersebut tidak memberikan jawapan yang
pasti.
Beliau
mendapati bahawa keinginannya yang sangat kuat untuk mendapatkan kepastian
hanya menyebabkannya bertambah tidak pasti lagi. Beliau kemudiannya mengambil
keputusan untuk meninggalkan Jesuit Royal College dan menyambung pelajarannya
di University of Poiters. Beliau memperolehi ijazah dalam bidang undang-undang
sivil dan undang-undang kitab suci.
Selepas
meninggalkan universiti pada tahun 1616, beliau telah mengembara ke Eropah
sebagai sukarelawan pertama Belanda. Beberapa tahun kemudiannya, beliau
berkhidmat sebagai tentera Bavaria. Pada tahun 1618 pula, beliau menjadi mesra
dengan seorang saintis Belanda yang bernama Isaac Beeckman, iaitu orang yang
telah banyak mempengaruhi beliau dalam melakukan kerja yang kreatif dalam
Matematik dan Fizik.
René
Descartes sering dianggap sebagai pemikir pertama yang menekankan penggunaan
sebab untuk membangunkan sains semulajadi. Beliau menganggap bahawa falsafah
ialah satu sistem pemikiran yang terkandung segala ilmu. Beliau juga menyatakan
bahawa ‘semua falsafah adalah seperti pokok, yang mana Metafizik ialah akar,
Fizik ialah batang, dan semua bidang sains lain yang tumbuh daripada batang ini
telah dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu Perubatan, Mekanik, dan Etika.’
Descrates
telah melahirkan satu teori yang bernama Cogito Ergo Sum yang bererti ‘aku
berfikir maka aku ada’. Teori ini terhasil disebabkan beliau amat gelisah
kerana tidak yakin dalam menerima ilmu positif renaissance. Oleh itu, untuk
memperolehi kebenaran yang pasti, Descrates telah mencipta teori tersendiri.
Hal ini terjadi kerana Descrates berpendapat bahawa dalam mempelajari falsafah
memerlukan teori tersendiri agar hasil-hasilnya benar-benar logik. Dalam
cogito, kesedaran diri sendiri, berfikir, dan kewujudan digabungkan bagi
memperoleh kebenaran yang tidak boleh diragukan lagi.
Cogito
dianggap secara rasmi sebagai aktiviti pemikiran. Idea-idea yang terlibat dalam
cogito adalah luar biasa yang jelas dan nyata. Namun begitu, idea juga boleh
dipertimbangkan secara objektif. Menurut Descrates, hubungan antara idea-idea
akan menghasilkan kebenaran apabila ianya sesuai dengan cara hidup dunia
sebenar.
Cogito
bermula daripada kaedah kesangsian. Kaedah kesangsian ini dijalankan secara
keseluruhan. Kesangsian ini harus meliputi seluruh pengetahuan yang dimiliki,
termasuk juga kebenaran-kebenaran yang sampai kini dianggap pasti. Oleh itu,
jika terdapat suatu kebenaran dalam kesangsian, maka itulah kebenaran yang
pasti dan harus dijadikan sebagai bukti bagi seluruh ilmu pengetahuan.
Melaui
kaedah ini, Descrates tidak dapat meragui bahawa dia sedang berfikir. Ini
bermakna beliau sedang menggunakan kaedah Cogito ergo sum, iaitu aku berfikir
maka aku ada (I think, therefore I am). Inilah kebenaran yang tidak dapat
disangkal oleh sesiapa pun. Mengapakah kebenaran ini dikatakan pasti? Hal ini
demikian kerana ianya jelas dan nyata. Oleh itu, inilah yang dikatakan satu
kebenaran.
Dalam
pada itu, Descartes menggunakan metod pemikiran kritis melalui keraguan dengan
kesangsian, iaitu dengan meragukan segala perkara yang boleh diragukan. Di
samping itu, Descartes juga menegaskan bahawa kaedah lain seperti empirisme
rasional. Kaedah ini menggabungkan segala keuntungan daripada logik, dan
analisa geometri. Analisa geometri ialah ilmu yang menyatukan semua disiplin
ilmu dalam nama ilmu pasti.
Dalam langkah tertentu,
kebolehpercayaan idea-idea kita boleh bergantung kepada sumber dari mana ia
diperolehi. Descrates memutuskan bahawa hanya terdapat tiga kemungkinan, iaitu
semua idea kita adalah sama ada kebetulan (memasuki minda dari dunia luar) atau
tiruan (yang dikeluarkan oleh minda sendiri) atau semulajadi (tertulis pada
fikiran oleh tuhan). Namun begitu, manusia belum tahu wujudnya dunia luar dan
manusia boleh mambayangkan apa-apa sahaja. Jadi, segala-galanya bergantung sama
ada Tuhan itu wujud atau manusia menipu.
Disebabkan
Descrates masih mengalami keraguan, beliau mesti mencari kebenaran yang
sebenar. Oleh yang demikian, beliau telah membawa beberapa idea. Menurut
beliau, dalam diri kita terdapat tiga idea bawaan sejak kita dilahirkan lagi,
iaitu Tuhan, keluasan dan pemikiran. Dalam ideanya yang pertama, iaitu dalam
diri kita sudah terdapat Tuhan. Bagi membuktikan bahawa Tuhan sememangnya
wujud, titik permulaan Descartes ialah mengemukakan seberapa banyak bukti. Oleh kerana idea Descrates, iaitu tuhan
mempunyai kandungan idea yang tidak terhad, punca idea sendiri mestilah tidak
terbatas dan hanya Tuhan yang sedia ada. Dalam erti kata lain, idea Tuhan tidak
boleh sama ada kebetulan atau tiruan kerana Descartes tidak dapat merasai Tuhan
secara langsung dan tidak mengetahui konsep kesempurnaan dalam diri beliau.
Oleh itu, ianya mestilah semula jadi yang diberikan oleh Tuhan dan Tuhan itu
wujud.
Sebagai
sandaran kepada hujah ini, Descartes mengemukakan hujah versi tradisional dan
hujah kosmologi bagi menerangkan kewujudan Tuhan. Melalui kaedah Cogito,
Descartes mengetahui bahawa beliau wujud dan kerana beliau tidak sempurna dalam
setiap cara, maka Descartes menyimpulkan bahawa selain Tuhan,ada dua perkara,
iaitu jiwa yang hakikatnya ialah pemikiran dan material yang hakikatnya adalah keluasan.
Bagi
menerangkan idea bawaan Rene Descartes yang kedua iaitu terdapat keluasan dalam
diri manusia sejak kita lahir ialah beliau telah menyaksikan adanya dunia di
luar. Beliau mengalami banyak kesulitan untuk membuktikan kewujudannya. Bagi
Descrates, satu-satunya alasan untuk menerima adanya dunia material ialah
dengan mengeluarkan hujah bahawa “Tuhan akan menipu saya sekiranya Tuhan
memberi saya idea, sedangkan di luar tidak ada sesuatu pun yang sesuai
dengannya”. Oleh yang demikian, kewujudan keluasan yang sempurna yang ada di
luar tidak akan ditemui. Hal ini bermaksud ada dunia material lain yang
kewujudannya tidak diragukan,bahkan sempurna.
Dari
sudut lain pula, Descartes memandang manusia juga sebagai makhluk dua litas.
Manusia terdiri daripada dua perkara, iaitu jiwa dan tubuh. Jiwa ialah
pemikiran manakala tubuh ialah keluasan. Sebenarnya, tubuh tidak lain daripada
satu mesin yang dijalankan oleh jiwa. Hal ini demikian kerana setiap perkara
yang satu sama sekali terpisah dari perkara yang lain. Sudah nyata bahawa
Descrates menganut suatu dualism tentang tubuh atas jiwa dan sebaliknya,
pengaruh jiwa atas manusia. Itulah sebabnya, Descrates mempunyai banyak
kesulitan untuk mengertikan pengaruh tubuh. Satu kali ia mengatakan bahawa
kontrak antara tubuh dan jiwa berlangsung dalam grandula pinealis (sebuah
kalenjar kecil yang terletak di bawah otak kecil). Namun begitu, akhirnya
pemecahan ini tidak memadai bagi Descrates sendiri.
Sifat Minda dan Ideanya
Penting
untuk diketahui bahawa minda ialah bahan dan kaedah pemikiran bahan itu ialah
ideanya. Bagi Descartes, ‘bahan’ ialah perkara yang tidak memerlukan apa-apa
untuk wujud. Hal ini demikian menunjukkan bahawa hanya Tuhan yang
mewujudkannya, tetapi istilah ‘bahan’ boleh digunakan untuk makhluk dalam erti
kata yang sepatutnya. Minda ialah bahan yang diperlukan oleh mereka melainkan
dengan persetujuan Tuhan untuk mendapatkannya. Namun begitu, idea ialah
‘kaedah’ dan ‘jalan’ untuk berfikir dan kaedah juga bukanlah suatu bahan,
kerana ianya merupakan idea fikiran dan lain-lain. Oleh itu, idea yang
diperlukan bukan sahaja memerlukan persetujuan Tuhan, malah memerlukan buah
fikiran untuk mendapatkannya.
Hujah ini
mengemukakan tiga isi utama. Pertama, semua kehebatan termasuk dalam
pertimbangan, iaitu dari segi mental. Hal ini demikian kerana semua kehebatan
adalah dalam kematangan fikiran, mental, dan ‘semakin banyak sifat yang
dijumpai dalam benda atau bahan, semakin jelas pengetahuan kita tentang sesuatu
bahan’. Berdasarkan prinsip ini, minda lebih dikenali berbanding badan kerana
ianya merupakan idea tentang mental dan lebih diperlukan daripada anggota
badan. Kedua, ianya juga menunjukkan bahawa minda dan idea tidak berubah dari
segi kepanjangan, keluasan, dan kedalaman yang tidak dapat dirasai oleh
pancaindera tetapi boleh dirasai oleh minda sahaja. Ketiga, Descartes mencuba
untuk menjauhkan pembacanya daripada kepercayaan deria gambaran sebagai sumber
pengetahuan. Orang ramai perlu menjadi biasa untuk memikirkan sesuatu tanpa
gambaran supaya lebih jelas dalam memahami benda atau menggambarkan sesuatu
seperti Tuhan dan minda. Oleh itu, bagi Descartes, minda lebih perlu dikenali
kerana ianya merupakan sumber pengetahuan yang terbaik.
KARYA PENULISAN
René
Descartes telah menulis beberapa buah buku terkenal yang diterbitkan sama ada
semasa beliau hidup ataupun setelah kematiannya. Pada tahun 1628-1629, beliau
telah menghasilkan karya yang berjudul Rules
for the Direction of the Mind, satu risalah metodologi yang ditulis dalam
bahasa Latin dan tidak pernah selesai. Walau bagaimanapun, tulisan tersebut
hanya diterbitkan sebagai buku setelah kematiannya.
Pada
tahun 1634, beliau telah menyelesaikan tulisannya yang berjudul The World, iaitu satu sistem saintifik dan diterbitkan selepas kematiannya
juga. Pada tahun 1637 pula, beliau telah menulis buku berjudul Discourse on Method, Optics, Geometry, and
Meteorology yang diterbitkan dalam bahasa Perancis. Buku ini mengandungi
ringkasan kehidupan dan pendidikan René Descartes bersama-sama dengan ringkasan
falsafahnya dan kedudukan saintifik.
Pada
tahun 1641, Descartes telah menerbitkan karyanya yang agung berjudul Meditations Concerning First Philosophy
dan Objections and Replies. Buku-buku
ini diterbikan dalam bahasa Latin; bantahan yang dikumpul oleh Mersene daripada
pelbagai ahli falsafah dan ahli-ahli teologi di atas permintaan Descartes. Pada
tahun 1644 pula, Descartes menerbitkan buku berjudul Principles of Philosophy yang ditulis dalam bahasa Latin. Bahagian
I buku ini menjelaskan kedudukan umum falsafah Descartes manakala bahagian II,
III, dan IV buku ini sebahagian besarnya menjelaskan ‘semua fenomena alam’.
Pada
tahun 1647, beliau telah menghasilkan Notes
Against a Certain Program. Karya ini merupakan pandangan anti-Cartesan yang
diterbitkan oleh seorang bekas pengikut, Regius. Walaupun karya ini bukan satu
kerja yang utama, namun ianya mengandungi kenyataan-kenyataan penting dan kerap
disebut dalam topik utama lain. Karya terakhir yang ditulis oleh Descartes
dalam hidupnya ialah The Passions of the
Soul yang ditulis dalam bahasa Perancis. Karya ini adalah berkaitan dengan
fisiologi emosi, dan kawalan rasional nafsu.
Dua
sumber tambahan yang penting kepada falsafah Descartes ialah The Search for Truth dan Conservation with Burman. Ianya
merupakan satu dialog yang belum selesai di Perancis dan diterbitkan selepas
kematiannya. Para sarjana bersetuju bahawa sebahagian besar daripada
kerja-kerja ini telah dipelihara hanya dalam terjemahan Latin. Conservation with Burman terdiri
daripada nota Frans Burman pada temu bual panjang dengan falsafah Descartes
yang berlaku pada tahun 1648.
Dalam karya ini, Descartes menangani
masalah keraguan yang sebelum ini telah dikaji oleh Sextus Empiricus,
Al-Ghazali, dan Michel de Montaigne. Beliau telah mengubahsuainya untuk
mengambil kira kebenaran yang didapati tidak dipertikaikan. Descartes telah
memulai pemikirannya dengan meragui segala-galanya untuk menilai dunia dari
perspektif yang baru dan menjelaskan segala tanggapan yang terdahulu.
Buku ini pada asalnya diterbitkan di
Leiden, Belanda. Kemudian, ianya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
diterbitkan pada tahun 1656 di Amsterdam. Buku ini merupakan pengenalan kepada
tiga kerja, iaitu Dioptrique, Météores and Géométrie. La Géométrie mengandungi pengenalan pertama Descartes
dalam sistem koordinat Cartesian manakala Meditations
Concerning First Philosophy, Principles of Philosophy, dan Rules for the Direction of the Mind pula
bersama-sama membentuk asas Epistemologi yang dikenali sebagai Cartesianisme.
Dalam buku ini juga, Descartes telah
meletakkan matlamat hidupnya, iaitu mengarahkan akalnya secara sistematik untuk
mencari kebenaran dan menghapuskan kesalahan. Descartes telah menjelaskan
kaedah pemikiran beliau walaupun melalui masalah yang paling sukar. Beliau
menggambarkan perkembangan kaedah ini melalui lakaran autobiografi ringkas
diselangi dengan hujah-hujah falsafah.
Bahagian 1 dalam karya ini
mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan dengan sains. Hal ini demikian
kerana setiap orang mempunyai ‘deria yang baik’, iaitu keupayaan untuk
membezakan kebenaran daripada fakta. Oleh itu, ianya bukan satu kekurangan
keupayaan yang menghalang seseorang, tetapi kegagalan mereka untuk mengikuti
jalan pemikiran yang betul. Penggunaan sesuatu kaedah boleh meningkatkan minda
dan Descartes menganggap dirinya seorang pemikir biasa yang menjadi lebih baik
dengan menggunakan kaedah beliau. Descartes telah mendapat pendidikan di
peringkat yang lebih tinggi, namun beliau percaya bahawa buku pelajaran juga
mempengaruhi pemikirannya.
Dalam
bahagian 2 buku ini, Descartes mendapat idea tentang kerja secara individu
adalah lebih baik daripada mereka yang berfikir secara kelompok kerana kerja
individu mengikut satu perancangan dengan semua elemen pekerjaan ke arah yang
sama. Beliau beranggapan bahawa Sains yang dipelajari mempunyai kecacatan
kerana ianya terdiri daripada pelbagai idea manusia yang berbeza dari pelbagai
era. Tersimpan dalam minda tentang perkara yang beliau pelajari mengenai logik,
geometri, dan algebra, beliau telah menetapkan kaedah-kaedah berikut : (1)
tidak percaya apa-apa melainkan beliau boleh membuktikannya sendiri; (2)
mengurangkan setiap masalah kepada bahagian paling mudah; (3) sentiasa teratur
dalam pemikiran beliau dan mara ke hadapan daripada bahagian yang mudah kepada
bahagian yang paling susah; dan (4) apabila menyelesaikan masalah, sentiasa
mencipta sebab dan tidak membiarkannya sahaja. Beliau mendapati bahawa kaedah
ini berkesan dalam menyelesaikan masalah yang ditemui sangat sukar sebelum ini.
Akibat takut salah faham sendiri yang mungkin boleh didapati melalui sebab yang
kukuh, beliau bercadang untuk menghapuskan secara sistematik semua pendapat
beliau yang salah dan menggunakan kaedah barunya secara ekslusif.
Bahagian
3 dalam karya ini, Descartes meletakkan empat kod sementara untuk hidup di
samping memikirkan semula pandangan beliau: (1) untuk mematuhi peraturan dan
adat resam negara dan agama dan tidak pernah mengambil pendapat yang melampau;
(2) untuk menjadi tegas dan tetap dengan keputusan beliau walaupun terdapat
beberapa keraguan; (3) cuba untuk mengubah dirinya, bukan dunia; dan (4) untuk
memeriksa semua pekerjaan di dunia dan mencuba untuk mencari yang terbaik. Oleh
itu, tidak hairan sekiranya Descartes mengenalpasti bahawa sebab dan pencarian
kebenaran adalah sangat berguna. Bertahun-tahun selepas pendedahan itu,
Descartes mengembara secara meluas dan mendapat nama baik untuk kebijaksanaan,
kemudian bersara untuk mengkaji pemikiran beliau sendiri.
Dalam
bahagian 4, Descartes menyatakan bukti-bukti kewujudan jiwa dan Tuhan. Setelah
menimbang impian dan perasaan, Descartes menyedari proses pemikiran sendiri dan
percaya ia adalah bukti kewujudannya: ‘Saya fikir, maka saya wujud’ (Cogito
ergo sum). Beliau juga membuat kesimpulan bahawa jiwa berasingan daripada badan
berdasarkan perasaan yang tidak dapat dilihat. Keraguan ini menyebabkan beliau
percaya bahawa dia tidak sempurna, tetapi keupayaan untuk berfikir tentang
kesempurnaan menunjukkan bahawa semua perkara yang berlaku adalah berpunca
daripada Tuhan, sebagaimana semua fikiran jelas dan nyata.
Bahagian
5 pula, Descartes beralih daripada perbincangan teori cahaya kepada teori
tentang pengkajian struktur tubuh manusia. Descartes berpendapat bahawa haiwan
mempunyai banyak organ yang sama seperti organ manusia, tetapi tidak mempunyai
kuasa untuk bercakap atau sebab. Beliau mengambil kira perbezaan ini sebagai
bukti bahawa manusia mempunyai jiwa yang rasional. Beliau juga menganggap
terdapat sambungan misteri antara jiwa dan badan serta menyimpulkan bahawa jiwa
mesti mempunyai kehidupan di luar badan. Oleh itu, jiwa tidak akan mati
sekiranya badan mati kerana beliau tidak dapat memikirkan cara jiwa mati atau
dibunuh. Hal ini memaksa beliau membuat kesimpulan bahawa jiwa adalah kekal dan
abadi.
Bahagian
6 dalam karya ini pula, Descartes menyentuh konflik dengan gereja atas
idea-idea beliau mengenai sains fizikal. Akhirnya, beliau dapat memohon pembaca
supaya membaca dengan teliti, meminta maaf kerana menulis dalam bahasa Perancis
dan bukannya bahasa Latin, dan berjanji untuk menjauhi popularity dan kekayaan
dalam nama mengikut kebenaran dan pengetahuan.
Pendidikan
Descartes adalah berdasarkan kepada model pemikiran Aristotle, yang berpendapat
bahawa pengetahuan saintifik disimpulkan daripada kenyataan yang tetap. Model
ini adalah berdasarkan silogisme, yang salah satunya bermula dengan kenyataan
besar (kebaikan itu bagus) dan kenyataan kecil (baik hati ialah kebaikan),
kemudian membuat kesimpulan daripada keduanya (baik hati itu bagus).
Prinsip
moral Descartes pula menunjukkan kedua-dua kesangsian terhadap dunia material
dan keyakinan dalam keupayaan fikiran beliau untuk mengatasinya. Beliau
mempunyai kepercayaan untuk mengawal minda sendiri dan beliau juga percaya
bahawa dia hanya perlu mengubahnya untuk menukar menjadi realiti. Jika dia mahu
sesuatu yang dia tidak mampu, dia tidak akan berjuang untuk mendapatkan atau
sengsara tidak mempunyai ia. Sebaliknya, beliau hanya membuat keputusan untuk
tidak mahu. Resolusi Descartes untuk menjadi penonton dan bukannya seorang
pelakon dalam peristiwa-peristiwa dunia di sekelilingnya berjumlah hampir
kepada penolakan kewujudan fizikalnya. Lama selepas Descartes, kajian saintifik
telah ditadbir oleh ideal pemerhatian berkembar yang didahulukan oleh
Descartes.
Bahagian
4 dalam karya ini menjadi asas kepada karya beliau yang berikutnya, Meditations Concerning First Philosophy. Beliau
juga menyatakan idea-idea utama beliau dalam karya ini, iaitu ‘diri ini wujud
kerana ia berfikir dan Tuhan wujud kerana diri ini tidak sempurna’. Oleh itu,
perlu ada satu sumber bagi idea kesempurnaan di luar diri. Hal ini adalah
semata-mata lakaran penjelasan terperinci yang beliau nyatakan dalam Meditations Concerning First Philosophy.