Saturday 3 May 2014

Jadilah pelajar yang malas!


Pelajar yang malas itu, dia akan memberi sepenuh perhatian dalam kelas, sebab nanti, dia malas nak baca balik, fahamkan last minute. Letih. 

Pelajar yang malas itu, dia akan study awal-awal, sebab nanti dia malas nak stay up sampai tepu otak.

Pelajar yang malas itu, dia akan buat assignment as soon as possible sebab nanti, dia malas nak kalut-kalut, kerja jadi cincai. Penat!

Pelajar yang malas itu, dia akan ke kelas awal-awal, sebab malas nak rushing, termengah-mengah bila sampai kelas.

Pelajar yang malas itu, dia akan skor sehabis baik dalam exam, sebab dia malas nak dapat result teruk. Malas nak kejar balik pointer.

Jom jadi malas yang rajin!


#ukmconfessions - 17404

Monday 24 March 2014

PRAY FOR THEM


24 MAC 2014

1) MH370 disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia terhempas di Lautan Hindi.


"Pelbagai spekulasi dinyatakan.

Pelbagai tohmahan dikemukakan.

Pelbagai tanggapan disuakan.

Namun kini segala persoalan telah terjawab.

Tiada siapa mampu melawan takdirNya.

Andai benar ada sesuatu tragedi berlaku semasa penerbangan.

Dan ada yang menjadi dalang disebaliknya. 

Dia mungkin terlepas dari hukuman manusia. 

Namun di akhirat tidak lari ke mana jua. 

Allah sudah makbulkan permintaan kita. 

Hidup atau mati harus kita terima. 

Bukan sesuatu yang kita pinta. 

Itu lah ketentuan yang ditulis olehNya. 

Sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Besar dan Dia mampu mengubah segalanya dalam sekelip mata. 

Al-Fatihah kepada mereka yang pergi. 

Ampuni lah segala dosa mereka. 

Semoga dipermudahkan perjalanan semua. 

Tempatkan lah mereka dikalangan orang-orang yang beriman." 


dan 



2) 529 orang ahli ikhwan al muslimin & penyokong bekas Presiden Dr Morsi       termasuk Murshidul 'Am nya Dr. Badi' dijatuhkan hukuman mati oleh Kerajaan perampas Mesir.



"Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali."

Sunday 23 March 2014

Doa Cinta :)


"Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?"

"Doa."

"Doa supaya dia buka hati untuk kau?"

"Tak."

"Dah tu?"

"Aku akan doa:


  Ya Allah, temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman, dan 

taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia 

dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia 

ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia 

dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah."

"Wah..."

"Yup, aku selalu baca doa ni. Hari-hari. Untuk dia. Aku tau aku tak layak untuk dia, dan ini 


je yang aku mampu buat untuk menebus rasa yang tak berbalas tu."


- sederhanaindah


#copypaste (Aku Islam)


Memang sakit bila mencintai orang yang tak cintakan kita. Tapi, apa salahnya kalau kita berdoa untuk si 'dia'. Mungkin dia memang bukan jodoh kita. Redha! Allah kan ada. (senyum) Pasti ada seseorang yang jauh lebih baik untuk kita kan? In shaa Allah. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

In shaa Allah



Sentiasa simpan suatu ruang di hati untuk perkara yang tidak dijangka. 
Supaya bila datang perkara yang tak diharapkan, hatimu tak sesak dan terhimpit oleh kesedihan.


-sederhanaindah-

#copypaste (Aku Islam)

Saturday 22 March 2014

:'(


Kadang kala.


Dengan menangis.





Kita jumpa kekuatan.




Seriously, I love this quote! hehe. Menangis tak bermakna kita lemah. Menangislah sepuas-puasnya. Sebab dari situ la kita kumpul kekuatan :)

Thursday 20 March 2014

Aiman Azlan - Penulis Bestseller PTS


''Saya dapat straight A1 waktu SPM 2007. 

Time tu memang riuh. Tapi keriuhan yang sementara. Selepas beberapa ketika, tiada siapa yang sebut-sebut lagi. 

Saya sekarang pun bila fikir balik SPM, macam "meh". Ia tidaklah se-epik yang diiklankan. 

Ya, SPM itu penting tapi ia bukan segala-galanya. 

Walaupun SPM straight A1, itu tidak bermakna universiti saya straight A. Tak straight A pun. Boleh kira dengan sebelah tangan bilangan A yang saya dapat dalam 4 tahun di universiti. Ada yang tak straight A1 macam saya, tapi di universiti dia cemerlang.

Cemerlang SPM tidak menentukan cemerlang universiti. Tidak cemerlang SPM tidak menentukan tidak cemerlang universiti.

Cemerlang atas kertas pun tiada maknanya jika tidak cemerlang agama dan akhlaq, dan jika tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Amik result SPM, syukuri apa yang anda dapat, dan move on. Honestly, cemerlang atau tidak, result tu tidak ada maknanya in a few years.

Jangan kita bangga sangat dengan kecemerlangan yang lalu. Fokus kepada hari ini. Adakah anda cemerlang hari ini?

Kerana hari ini masih lagi dalam kawalan anda.

All the best SPM leavers!''

#copypaste


This is true! SPM bukan segala-galanya. Jangan ingat berjaya SPM, akan berjaya selama-lamanya. dan Jangan ingat hancur SPM, dah takda masa depan. Think positive :) . Hidup ni umpama roda. Kadang2 kita kat atas, kadang2 kita kat bawah. Kalau rezeki kita bukan pada SPM, in shaa Allah ada rezeki kat tempat lain. Percayalah! Banyak lagi jalan lain. Dan banyak lagi ujian yang kita perlu hadapi di luar sana, lebih-lebih lagi bila dah melangkah ke alam Universiti. Itupun belum lagi ke alam pekerjaan dll. So, move on !
Actually,aku pun pernah lalui satu masa dulu. Satu masa yang boleh dikatakan menjadi sejarah jugak la. Tak sama macam si penulis ni. Tapi, aku tau yang rezeki tu ada kat mana2. So, keep calm and Allah with me :) . Thanks Allah!

Tuesday 18 March 2014

KISAH SEORANG LOSER


Aku dulu masa kat sekolah menengah, dari PMR sampai SPM memang straight As. Lagi-lagi duduk SBP, SBP elit pulak tu. Masa SPM aku dapat 9As, sumpah bangga nak mampus masa tu. Seolah-olah the world is mine. But, my thought was wrong. Totally wrong.
Aku terlupa hidup umpama roda, kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. Lepas dapat result SPM, terus apply Program Ijazah Luar Negara (PILN). Kemain rambang mata nak pilih course ke luar negara ni. UK, US, Germany, France etc. Jilaka banyak, mana satu aku nak pilih pun aku tak tau. Mulalah masa tu dah berangan musim salju ala-ala Winter Sonata ka luar negara. Dalam kepala otak dah plan nak amek gambo raya hantar kat Salam Perantauan kat Berita Harian. Sumpah hambar.
Maka masa tu mak aku mendorong aku untuk memilih MBBS atau bahasa mudahnya adalah Medic. Aku tak minat amek MBBS ni sebab terus terang aku cakap, aku tak suka 'life' sedemikian rupa. Aku pun mendalih cakap Medic ni susah la, itu la ini la. Langsung, mak aku bantai balik, ""Kau tau tak kalau kau jadi doktor nanti senang dapat keje & gaji lumayan. Mak nak masa depan kau cerah, kalau course lain macam malap masa depan kau nanti"". Aku terkedu. Okay mak, syurga di bawah tapak kaki mu. Tapi aku cakap aku nak amek Dentistry. Sebab gigi je. Senang sikit kot. Mak aih.
Maka aku lulus segala bagai ujian JPA dan seterusnya interview JPA kat PICC pulak. Dipendekkan cerita, aku fail ujian interview JPA. Celaka, rasa down menyembah bumi. Mak aku macam dah putus harapan untuk menyahut seruan kerajaan ""Satu Keluarga Satu Doktor"".
Pusing sana, pusing sini, aku masuk PASUM dan JPA sponsor aku. Dengan harapan masuk PASUM boleh la further belajar MBBS kat IPTA. Kononnya lah. Masa kat PASUM aku tak kisah sangat nak study, aku enjoy aje. Aku kerap dating dengan ex cap Gillete aku, belanja member tengok wayang selambe je, bla bla bla. Sampai satu tahap, exam dua-dua sem aku kantoi. CGPA aku bawah 3.00. Sudah. Tamat lah riwayat hidup aku. Dah la tak dapat nak poyo-poyo hantar gambar kat Salam Perantauan Berita Harian, nak mereliasasikan idaman kerajaan ""Satu Keluarga Satu Doktor"" pun tak kesampaian.
Mak aku tau result aku teruk, so faham-faham je lah. Down gila dengan result PASUM aku. So masa UPU, aku main apply je. Kot mana yang kena dengan pointer aku ni jadilah, asalkan dapat ijazah. Tunggu dan tunggu, result UPU pun keluar. Aku tengok result...dan nama program ijazah yang ditawarkan takde satu pun yang aku apply dulu. Kejadah? Aku dapat course Sains Bahan UKM. Rasa macam ironi pulak. Adakah kerana aku suka membahan kawan-kawan dan secara tidak langsung aku kena mengikuti program ijazah Sains Bahan? Aku menangis kekecewaan sambil ketawa hambar.
Biasalah, sedara-mara, kawan-kawan, pakcik-makcik, atuk-nenek, semua tanya aku dapat course apa. Aku just selamba je cakap Sains Bahan UKM. Krik krik krik, begitulah respon mereka terhadap jawapan aku. Tambahan, disusuli dengan komen-komen yang buat aku rasa down menyembah sambil guling-guling atas Gurun Sahara. ""Kerja susah nanti tu"", ""Kau kena lelong ke ni?"", ""Macam malap je masa depan kau nanti"" etc.
Maka, dipendekkan cerita, walaupun at first aku tak dapat terima course yang aku dapat ni, lama kelamaan, aku dapat tau ke mana pergi haluan course aku ni. Makin lama makin aku sedar akan hikmah Allah di sebalik segala kesusahan yang terima. Allah tahu, aku ni jenis baca buku ilmiah 24/7, maka Allah kurniakan aku course yang sesuai dengan aku yang melibatkan banyak kerja amali instead of 'makan buku'. Allah tahu, masa aku dapat result SPM aku riak nak mampos, maka Allah berikan aku kesusahan agar aku tau riak itu hanya milik Allah sahaja. Allah tahu aku dari kecik sampai ke sekolah menengah exam result power aje, maka Allah berikan aku 'zaman kejatuhan' agar aku lebih kuat di masa hadapan. Sesungguhnya Allah itu arkitek, designer, engineer etc. you name it, yang Maha Kuasa. Percayalah cakap aku, kadang-kadang kalau rasa perit sikit hidup tu, janganlah mengeluh. Allah sedang uji kau.
Dulu aku belajar kat UKM mana ada transport, aku guna bas zon 2 je nak gi FST. Kadang-kadang aku tumpang member. Kadang-kadang aku struggle jalan kaki dari Kolej Paling Dibenci sampai ke FST. Bila aku takde duit, aku buat kerja macam-macam. Kadang-kadang aku puasa terus kalau takde duit. Macam-macam lagi kesusahan aku hadap masa kat UKM. Tapi aku tau, survival skill aku makin meningkat bila benda-benda susah ni aku dah hadap. Alhamdulillah, aku bergelar jurutera di salah sebuah syarikat di ibu negara.
Aku confess kat sini bukan nak poyo dengan jawatan aku sekarang, cuma aku nak berkongsi kemanisan hikmah Allah. Result exam kau jahanam, motor kau mati tengah jalan before nak gi exam, awek kau kantoi curang dengan roommate sendiri, air takde kat UKM etc; percayalah wahai rakan-rakan sekalian. Allah itu Maha Perancang, Dia tahu apa yang baik untuk kau dan apa yang tidak baik untuk kau. Ingat, kalau JPPel approve paperwork program kau, tak tentu lagi Allah approve 100% kertas kerja kau tu.
Sekian, Hamba Allah."

#copypaste

Saja nak kongsi cerita ni. Moga bermanfaat.
Di saat kita jatuh, bangun dan terus bangun. Jangan mengeluh dan mengalah. Pasti ada jalan. Allah tengok pada usaha kita, bukan pada hasil. Last but not least, Jangan Riyak.