Monday 24 March 2014

PRAY FOR THEM


24 MAC 2014

1) MH370 disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia terhempas di Lautan Hindi.


"Pelbagai spekulasi dinyatakan.

Pelbagai tohmahan dikemukakan.

Pelbagai tanggapan disuakan.

Namun kini segala persoalan telah terjawab.

Tiada siapa mampu melawan takdirNya.

Andai benar ada sesuatu tragedi berlaku semasa penerbangan.

Dan ada yang menjadi dalang disebaliknya. 

Dia mungkin terlepas dari hukuman manusia. 

Namun di akhirat tidak lari ke mana jua. 

Allah sudah makbulkan permintaan kita. 

Hidup atau mati harus kita terima. 

Bukan sesuatu yang kita pinta. 

Itu lah ketentuan yang ditulis olehNya. 

Sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Besar dan Dia mampu mengubah segalanya dalam sekelip mata. 

Al-Fatihah kepada mereka yang pergi. 

Ampuni lah segala dosa mereka. 

Semoga dipermudahkan perjalanan semua. 

Tempatkan lah mereka dikalangan orang-orang yang beriman." 


dan 



2) 529 orang ahli ikhwan al muslimin & penyokong bekas Presiden Dr Morsi       termasuk Murshidul 'Am nya Dr. Badi' dijatuhkan hukuman mati oleh Kerajaan perampas Mesir.



"Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali."

No comments:

Post a Comment