Thursday 20 March 2014

Aiman Azlan - Penulis Bestseller PTS


''Saya dapat straight A1 waktu SPM 2007. 

Time tu memang riuh. Tapi keriuhan yang sementara. Selepas beberapa ketika, tiada siapa yang sebut-sebut lagi. 

Saya sekarang pun bila fikir balik SPM, macam "meh". Ia tidaklah se-epik yang diiklankan. 

Ya, SPM itu penting tapi ia bukan segala-galanya. 

Walaupun SPM straight A1, itu tidak bermakna universiti saya straight A. Tak straight A pun. Boleh kira dengan sebelah tangan bilangan A yang saya dapat dalam 4 tahun di universiti. Ada yang tak straight A1 macam saya, tapi di universiti dia cemerlang.

Cemerlang SPM tidak menentukan cemerlang universiti. Tidak cemerlang SPM tidak menentukan tidak cemerlang universiti.

Cemerlang atas kertas pun tiada maknanya jika tidak cemerlang agama dan akhlaq, dan jika tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Amik result SPM, syukuri apa yang anda dapat, dan move on. Honestly, cemerlang atau tidak, result tu tidak ada maknanya in a few years.

Jangan kita bangga sangat dengan kecemerlangan yang lalu. Fokus kepada hari ini. Adakah anda cemerlang hari ini?

Kerana hari ini masih lagi dalam kawalan anda.

All the best SPM leavers!''

#copypaste


This is true! SPM bukan segala-galanya. Jangan ingat berjaya SPM, akan berjaya selama-lamanya. dan Jangan ingat hancur SPM, dah takda masa depan. Think positive :) . Hidup ni umpama roda. Kadang2 kita kat atas, kadang2 kita kat bawah. Kalau rezeki kita bukan pada SPM, in shaa Allah ada rezeki kat tempat lain. Percayalah! Banyak lagi jalan lain. Dan banyak lagi ujian yang kita perlu hadapi di luar sana, lebih-lebih lagi bila dah melangkah ke alam Universiti. Itupun belum lagi ke alam pekerjaan dll. So, move on !
Actually,aku pun pernah lalui satu masa dulu. Satu masa yang boleh dikatakan menjadi sejarah jugak la. Tak sama macam si penulis ni. Tapi, aku tau yang rezeki tu ada kat mana2. So, keep calm and Allah with me :) . Thanks Allah!

No comments:

Post a Comment