Tuesday 18 March 2014

KISAH SEORANG LOSER


Aku dulu masa kat sekolah menengah, dari PMR sampai SPM memang straight As. Lagi-lagi duduk SBP, SBP elit pulak tu. Masa SPM aku dapat 9As, sumpah bangga nak mampus masa tu. Seolah-olah the world is mine. But, my thought was wrong. Totally wrong.
Aku terlupa hidup umpama roda, kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. Lepas dapat result SPM, terus apply Program Ijazah Luar Negara (PILN). Kemain rambang mata nak pilih course ke luar negara ni. UK, US, Germany, France etc. Jilaka banyak, mana satu aku nak pilih pun aku tak tau. Mulalah masa tu dah berangan musim salju ala-ala Winter Sonata ka luar negara. Dalam kepala otak dah plan nak amek gambo raya hantar kat Salam Perantauan kat Berita Harian. Sumpah hambar.
Maka masa tu mak aku mendorong aku untuk memilih MBBS atau bahasa mudahnya adalah Medic. Aku tak minat amek MBBS ni sebab terus terang aku cakap, aku tak suka 'life' sedemikian rupa. Aku pun mendalih cakap Medic ni susah la, itu la ini la. Langsung, mak aku bantai balik, ""Kau tau tak kalau kau jadi doktor nanti senang dapat keje & gaji lumayan. Mak nak masa depan kau cerah, kalau course lain macam malap masa depan kau nanti"". Aku terkedu. Okay mak, syurga di bawah tapak kaki mu. Tapi aku cakap aku nak amek Dentistry. Sebab gigi je. Senang sikit kot. Mak aih.
Maka aku lulus segala bagai ujian JPA dan seterusnya interview JPA kat PICC pulak. Dipendekkan cerita, aku fail ujian interview JPA. Celaka, rasa down menyembah bumi. Mak aku macam dah putus harapan untuk menyahut seruan kerajaan ""Satu Keluarga Satu Doktor"".
Pusing sana, pusing sini, aku masuk PASUM dan JPA sponsor aku. Dengan harapan masuk PASUM boleh la further belajar MBBS kat IPTA. Kononnya lah. Masa kat PASUM aku tak kisah sangat nak study, aku enjoy aje. Aku kerap dating dengan ex cap Gillete aku, belanja member tengok wayang selambe je, bla bla bla. Sampai satu tahap, exam dua-dua sem aku kantoi. CGPA aku bawah 3.00. Sudah. Tamat lah riwayat hidup aku. Dah la tak dapat nak poyo-poyo hantar gambar kat Salam Perantauan Berita Harian, nak mereliasasikan idaman kerajaan ""Satu Keluarga Satu Doktor"" pun tak kesampaian.
Mak aku tau result aku teruk, so faham-faham je lah. Down gila dengan result PASUM aku. So masa UPU, aku main apply je. Kot mana yang kena dengan pointer aku ni jadilah, asalkan dapat ijazah. Tunggu dan tunggu, result UPU pun keluar. Aku tengok result...dan nama program ijazah yang ditawarkan takde satu pun yang aku apply dulu. Kejadah? Aku dapat course Sains Bahan UKM. Rasa macam ironi pulak. Adakah kerana aku suka membahan kawan-kawan dan secara tidak langsung aku kena mengikuti program ijazah Sains Bahan? Aku menangis kekecewaan sambil ketawa hambar.
Biasalah, sedara-mara, kawan-kawan, pakcik-makcik, atuk-nenek, semua tanya aku dapat course apa. Aku just selamba je cakap Sains Bahan UKM. Krik krik krik, begitulah respon mereka terhadap jawapan aku. Tambahan, disusuli dengan komen-komen yang buat aku rasa down menyembah sambil guling-guling atas Gurun Sahara. ""Kerja susah nanti tu"", ""Kau kena lelong ke ni?"", ""Macam malap je masa depan kau nanti"" etc.
Maka, dipendekkan cerita, walaupun at first aku tak dapat terima course yang aku dapat ni, lama kelamaan, aku dapat tau ke mana pergi haluan course aku ni. Makin lama makin aku sedar akan hikmah Allah di sebalik segala kesusahan yang terima. Allah tahu, aku ni jenis baca buku ilmiah 24/7, maka Allah kurniakan aku course yang sesuai dengan aku yang melibatkan banyak kerja amali instead of 'makan buku'. Allah tahu, masa aku dapat result SPM aku riak nak mampos, maka Allah berikan aku kesusahan agar aku tau riak itu hanya milik Allah sahaja. Allah tahu aku dari kecik sampai ke sekolah menengah exam result power aje, maka Allah berikan aku 'zaman kejatuhan' agar aku lebih kuat di masa hadapan. Sesungguhnya Allah itu arkitek, designer, engineer etc. you name it, yang Maha Kuasa. Percayalah cakap aku, kadang-kadang kalau rasa perit sikit hidup tu, janganlah mengeluh. Allah sedang uji kau.
Dulu aku belajar kat UKM mana ada transport, aku guna bas zon 2 je nak gi FST. Kadang-kadang aku tumpang member. Kadang-kadang aku struggle jalan kaki dari Kolej Paling Dibenci sampai ke FST. Bila aku takde duit, aku buat kerja macam-macam. Kadang-kadang aku puasa terus kalau takde duit. Macam-macam lagi kesusahan aku hadap masa kat UKM. Tapi aku tau, survival skill aku makin meningkat bila benda-benda susah ni aku dah hadap. Alhamdulillah, aku bergelar jurutera di salah sebuah syarikat di ibu negara.
Aku confess kat sini bukan nak poyo dengan jawatan aku sekarang, cuma aku nak berkongsi kemanisan hikmah Allah. Result exam kau jahanam, motor kau mati tengah jalan before nak gi exam, awek kau kantoi curang dengan roommate sendiri, air takde kat UKM etc; percayalah wahai rakan-rakan sekalian. Allah itu Maha Perancang, Dia tahu apa yang baik untuk kau dan apa yang tidak baik untuk kau. Ingat, kalau JPPel approve paperwork program kau, tak tentu lagi Allah approve 100% kertas kerja kau tu.
Sekian, Hamba Allah."

#copypaste

Saja nak kongsi cerita ni. Moga bermanfaat.
Di saat kita jatuh, bangun dan terus bangun. Jangan mengeluh dan mengalah. Pasti ada jalan. Allah tengok pada usaha kita, bukan pada hasil. Last but not least, Jangan Riyak.

No comments:

Post a Comment